Mata Pena Lebih tajam Dari Pedang

Menyampaikan sesuatu isu hendaklah berlandaskan kebenaran. Kalau isu tidak benar maka itu adalah fitnah yang nyata.

Membaca Buku adalah Jambatan Ilmu

Beruntunglah sesiapa yang suka membaca dan mengamalkan ilmu2 yang ada di dalam buku yang dibaca."Tidak membaca buku bermakna tidak bertambahlah ilmu dan pengetahuan" .

Perdana Menteri Malaysia

Mungkin wujud republik Malaysia, Kerajaan Islamiyah Malaysia Perdana Menteri TEORI RAHMAN pusingan ...

Majalah Berita Bujang Senang Bukan Bola Sepak

Kami ingin menghiburkan anda dengan info terkini yang boleh merangsangkan minda anda. Kalau anda terasa sabar sajalah

Perkongsian minda yang baik

Percambahan minda yang baik akan merangsang pemikiran supaya lebih kreatif maka fikir-fikirkan lah apa yang kami sampaikan

Bujang Senang

Bujang Senang

May 18, 2018

Senarai nama Barisan Kebinet Persekutuan.


SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA
………………………………………………………………………….
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong
adalah seperti berikut:

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:
13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

POLIS SERBU RUMAH AHLI KELUARGA NAJIB, DAN ARAH PEMBANTU RUMAH SEDIAKAN MAKANAN


1. Rumah salah seorang ahli keluarga Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah digeledah oleh pihak PDRM selama lebih 10 jam dan barang - barang peribadi seperti hadiah kahwin, barang hantaran, beg tangan dan sebagainya telah dirampas.

2. Malah kasut - kasut bayi kepunyaan cucu kepada Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak juga turut dirampas oleh pihak berkuasa.

3. Bukan itu sahaja, pembantu rumah di rumah tersebut juga dilaporkan disuruh oleh pihak yang membuat serbuan untuk menyediakan makanan untuk beberapa orang pihak berkuasa. Malah makanan di dalam rumah tersebut habis dimakan oleh pihak polis semasa serbuan.

4. Apa yang pelik tentang serbuan dan rampasan yang dilakukan pada lewat malam semalam adalah komputer dekstop dan komputer riba di dalam rumah tersebut tidak pula diambil, ini menimbulkan tanda tanya sama ada serbuan tersebut benar-benar untuk mencari bukti 1MDB atau ada agenda lain.

6. Walaupun pihak polis membuat kenyataan bahawa serbuan dilakukan dengan professional, namun realiti sebenar adalah berlainan, seperti yang berlaku di atas. Mungkin ini adalah cubaan untuk menakut-nakutkan dan mengaibkan mantan Perdana Menteri Malaysia tersebut dan ahli keluarga beliau.

7. Seperti orang lain, Datuk Seri Najib adalah manusia biasa yang tidak sempurna. Namun beliau dan keluarga beliau sejak dari zaman ayahanda beliau Allahyarham Tun Abdul Razak dan ibunda beliau Tun Rahah telah banyak berjasa kepada negara, tanahair dan rakyat selama berdekad lamanya. Apakah kerana geram dan dendam semua ini dilupa dan beliau kini dicerca dan dihina?

8. Marilah kita berdoa dalam bulan Ramadan yang mulia ini supaya Allah SWT melindungi orang-orang yang teraniaya.

Sumber :Artikel viral

May 15, 2018

PM: Lim perlu bersihkan namanya sebelum memegang jawatan Menteri Kewangan


PUTRAJAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hanya boleh dilantik secara rasmi oleh Menteri Kewangan jika dan selepas beliau dibersihkan dari kes rasuahnya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa Lim hanya dinamakan sebagai Menteri Kewangan tetapi masih belum mengangkat sumpah jawatannya.

"Setiap menteri mestilah seseorang yang berkelayakan untuk kedudukannya.

"Sekiranya ada kes terhadap orang itu, kita tidak boleh melantiknya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan setiausaha agung-setiausaha agung kementerian untuk menjelaskan fungsi dan peranan kerajaan baru di sini semalam.

Dr Mahathir menegaskan bahawa kedaulatan undang-undang mesti diikuti, dan Kerajaan perlu menunggu sehingga Lim dibebaskan dari tuduhan sebelum beliau dapat dilantik sebagai menteri.

Ditanya siapa yang akan mengetuai Kementerian Kewangan buat masa ini, beliau berkata: "Saya tidak menjadi ketuanya tetapi mereka melaporkan kepada saya.

"Kami mempunyai panel yang akan meneliti kerja di kementerian. Beberapa pelaksanaan yang boleh dijalankan, akan dijalankan.

"Bagi sesetengah kementerian, kita perlu menunggu sehingga menteri dilantik."

Dr Mahathir berkata walaupun tidak ada calon alternatif untuk jawatan itu, difahamkan bahawa di mana kementerian perlu membuat keputusan tetapi ketua belum lagi dilantik, perkara itu akan dibawa kepada Perdana Menteri.

Lim, 58, kini sedang menghadapi perbicaraan di Pulau Pinang, yang didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pegawai awam untuk mendapatkan kepentingan dirinya dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng dengan meluluskan permohonan penukaran tanah pertanian kepada zon perumahan awam di barat daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificent Emblem Sdn Bhd.

Beliau juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan banglo untuk dirinya sendiri di 25 Jalan Pinhorn, George Town, dari ahli perniagaan Phang Li Koon untuk RM2.8 juta, harga yang dikatakan tidak sepadan dengan nilai pasaran hartanah pada masa itu sebanyak RM4.27 juta.

Mengenai perkara berasingan, Dr Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, berkata parti komponennya akan menghantar nama kepadanya untuk dipertimbangkan sebagai menteri kabinet, dan menegaskan bahawa beliau yang akan membuat keputusan terakhir berkenaan jawatan mereka.

Beliau berkata presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bertemu dengannya minggu lepas untuk mengemukakan 10 nama, walaupun beliau hanya meminta tiga pada permulaannya.

Beliau berkata keutamaan akan diberikan kepada tiga nama dalam senarai itu untuk menjadi sebahagian daripada Kabinet teras yang akan terdiri daripada 10 orang termasuk dirinya.

Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu juga telah menghantar surat mencadangkan tiga nama untuk jawatan menteri, katanya.

"Pendirian kami ialah parti-parti akan memberikan nama kami. Saya akan menentukan kementerian yang mana mereka akan bertanggungjawab dalam.

"Mungkin saya akan bertemu ketua parti sekali lagi," kata Dr Mahathir.

Link asal artikel:
https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/05/15/pm-lim-must-clear-his-name-before-taking-up-finance-post/

May 13, 2018

Sudah Selamatkah Malaysia?


Lima hari sudah berlalu. Dakwat di jari telunjuk masih melekat. Kerajaan baru di Putrajaya sudah dibentuk. Esok ramai penjawat awam akan mendapat tuan baru.

Ada yang gelisah nasib masing masing. Ada yang sudah melompat. Ada yang fikir akan kena buang kerja. Ada yang risau bulan puasa dan raya tahun ini bagaimana?

Mungkin kena jual nasi lemak dan jadi pemandu Grab untuk tampung keperluan keluarga. Anak anak yang tidak mengerti hal politik merenung sahaja muka ayah dan ibu yang bakal dibuang dan hilang kerja.

Anak anak tidak faham apa apa. Anak anak ini mengesat air mata ayah mereka. Namun mereka bangga kerana prinsip dan perjuangan ayah mereka tidak bertukar. Tetap setia bersama lencana keris di dada.

Mereka jadi mangsa rakyat Malaysia yang marah dan buang undi ikut emosi. GST, harga barang dan harga petrol masih sama. Sudah selamatkah Malaysia sekarang ini?

Lim Guan Eng jadi tuan di MOF, menjaga duit dan Mat Sabu jadi tuan menjaga askar. Bila jaga sahaja MOF, Guan Eng terus kata dia orang Malaysia bukan orang Cina. Apa yang orang Melayu nampak? Malaysian Malaysia lah.

Ramai yang tampil pertahankan kata Mahathir mampu kawal semua ini. Dulu Mahathir kawal MCA dan MIC, kali ini Mahathir boleh kawal juga Guan Eng dan Mat Sabu. Harap begitulah, namun kena ingat Mahathir sudah berusia, tidak lagi macam dahulu.

Rafizi pun sudah mula bunyi tentang kabinet yang sudah dibentuk. Ambiga tampil melawan balik cakap Rafizi. Apa sudah jadi dalam Pakatan Harapan? Akan bergaduh lagi?

Ya, segalanya boleh jadi. Anwar dijangka keluar. Tidak lama selepas itu, akan berlaku baliklah perseteruan lama 1998 dahulu. Bila UMNO tidak lagi dilihat menjadi ancaman, maka akan datang pula ancaman baru pada Perdana Menteri ke 7 itu.

Mahukah Mahathir berundur dan beri kuasa pada Anwar? Lagi 95 hari, rakyat Malaysia tunggu dan lihatlah apa yang berlaku. Terlaksanakah 10 janji atau masing masing sibuk rebut kuasa?

Ambil "pop corn" dan saksikan drama yang berlaku. Jangan salahkan BN pula jika berlaku apa apa selepas ini.

Baru lima hari, ada yang sudah rindu demokrasi dan cara diplomasi di zaman Datuk Seri Najib. Terima kasih Datuk Seri Najib. Selamat berehat Datuk Seri Najib. Apa pun berlaku UMNO masih parti yang menang banyak dalam PRU lepas.

UMNO dapat 54 kerusi, PKR 47 kerusi, DAP 42 kerusi, PPBM 13 kerusi, PBB 13 kerusi, Amanah 11 kerusi, Warisan 8 kerusi dan parti parti lain yang dapat tiga kerusi dan ke bawah. Ahli UMNO dan orang UMNO perlu bangkit.

Rakyat akan merindui segala galanya selepas ini. Rindu pada kebebasan. Rindu pada BR1M. Rindu pada ADAM50. Tok imam, nelayan, petani dan rindu kemurahan hati Datuk Seri Najib dan kerajaan BN yang lepas.

Lihatlah bagaimana baiknya orang Barisan Nasional. Mereka terima realiti dan tidak salahkan SPR bila kalah PRU14. Mereka tidak berdemonstrasi dan buat tuduhan bukan bukan.

Jadi kerajaan PH sekarang akan berdepan dengan pembangkang yang baik selama lima tahun ini. Orang BN kena bangun balik. Lawan dengan hujah dan fakta, sedarkan rakyat.

Baru sekali kalah, pihak yang jadi kerajaan hari ini sudah 12 kali kalah dan mereka masih tetap dengan pendirian mereka. Oleh itu, jangan cepat putus asa dan putus harap. Teruskan usaha menyedar rakyat.

Ada yang sudah menyesal undi PH. Hendak buat macam mana, kena tunggulah lima tahun lagi. Inilah wajah Malaysia yang kononnya telah diselamatkan sekarang. Baru 5 hari, masih panjang dan jauh lagi masanya hendak mengundi sekali lagi.

Hamba Allah

Rakyat Sarawak Yang Di Kasihi.


Dato' Seri Najib Razak dah ajar dan didik Sarawak untuk berdikari.

Beliau dah pimpin pemimpin Sarawak untuk belajar urus negeri sendiri.

Banyak hak-hak yang dulu di rampas dah jadi milik Sarawak.

Malahan banyak lagi yang DS Najib Razak mahu berikan kepada mereka namun apakan daya situasi dah berubah.

Malahan di berikan kuasa menguruskan Empangan Bakun yang sudah pasti bakal membawa perubahan besar kepada Sarawak sekalipun tiada bantuan kerajaan Persekutuan.

Anak Sarawak kena belajar berdikari. Kerana dengan berdikari mereka mampu elak diri mereka daripada di zalimi.

Saya sejak dulu lagi berjuang untuk rakyat Sabah dan Sarawak memiliki hak-hak mereka sendiri sebagai negara yang terlibat dalam Pembentukan Malaysia 1963.

Jika mereka kembali kepada Persekutuan, bermakna sia-sialah usaha DS Najib Razak mendidik mereka.

Jangan jadi seperti penduduk Sabah. Laung slogan #Sabah4Sabahan tapi sebenarnya hanyalah retorik.

Hidup #Sarawak4Sarawakian! Biar seluruh dunia menentang anda, hiduplah dengan bangga!

May 8, 2018

Michael Yeoh: Barisan Nasional will rule again by winning between 120 and 134 parliamentary seats


Nanyang Siang Pau, 7 May 2018

Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) chief executive officer Tan Sri Dr Michael Yeoh is another person after former Finance Minister Tun Daim Zainuddin who once gave accurate prediction of the election result. During last election, prior to May 5, 2013, Yeoh predicted that Barisan Nasional would win between 123 and 135 parliamentary seats where Umno win between 85 and 90 seats and DAP would be the greatest winner.
When polls result was announced, Barisan Nasional won 133 parliamentary seats to continue ruling Federal Government with Umno winning 88 parliamentary seats. Umno won additional 10 seats or 26% compared to the 12th General Election on Mach 08, 2008. DAP won 38 parliamentary seats (an increase of 35%), an unprecedented result for the party. The election result surprised those who have criticised Yeoh’s prediction for his overwhelming confidence in Barisan Nasional.
In this coming General Election, Yeoh predicted that the election would fall between April and early May. It turned out to be accurate.
As the polling day, which falls on May 9 is fast approaching, the battle among Barisan Nasional, PAS and Pakatan Harapan is heating up. In an exclusive interview with Yeoh, Nanyang Siang Pau listens to his prediction and analysis.
As the 14th General Election is entering into countdown, Yeoh, who delivered an accurate prediction of election result in 2013, said Barisan Nasional would win between 120 and 135 parliamentary seats out of 222 parliamentary seats to rule Federal Government.
For states, Yeoh said fights between Barisan Nasional and Pakatan Harapan are most intense in Kedah, Kelantan, Johor and Sabah. He predicted that Barisan Nasional would secure Johor and likely to re-capture Kelantan. For Pakatan Harapan, he said while retaining Penang and Selangor, the opposition may win Kedah.
“Another intense fight area is Kuala Lumpur, the Federal Territory.”
Yeoh, in releasing his analysis on the 14th General Election on March 2, predicted Barisan Nasional would continue to rule by winning between 125 and 140 parliamentary seats.
This time, when he was interviewed by Nanyang Siang Pau two months later, he revised his prediction to Barisan Nasional winning between 120 and 140 parliamentary seats.
Summing up Yeoh’s and Daim’s predictions (Yeoh predicted that Barisan Nasional would win while Daim’s conditional prediction that if 10 % of votes swing towards the opposition where the opposition also win 20 seats in Felda settlement, Pakatan Harapan stand a chance to rule Federal Government),  Barisan Nasional may still be unbeatable but rural seats in Felda area, Malay area and mixed area would determine who will capture Putrajaya.

http://www.enanyang.my/news/20180507/%e3%80%90%e7%8b%ac%e5%ae%b6%e8%a7%86%e9%a2%91%e3%80%91%e6%9d%a8%e5%85%83%e5%ba%86%e5%8f%af%e8%b5%a2120%e8%87%b3135%e5%9b%bd%e5%b8%ad-%e5%9b%bd%e9%98%b5%e5%b0%86%e5%86%8d%e6%89%a7%e6%94%bf/

May 6, 2018

#PRU14 :RASA PENAT HILANG BILA LIHAT SEMANGAT JENTERA BN – NAJIB RAZAK


Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak berkata, kemenangan besar hanya boleh diperoleh jika memiliki jentera pilihan raya kuat dan semua pihak melakukan tugas dengan baik.

Pengurusan jentera pilihan raya sangat penting bagi memastikan semua pengundi dapat keluar menunaikan tanggung jawab mereka.

 “Memang satu daripada faktor dalam menentukan kemenangan dalam pilihan raya adalah kekuatan jentera dimiliki oleh parti yang bertanding.

“Kalau nak dikira penat, memanglah penat. Macam saya, hari ini berada di dua negeri iaitu di Kepala Batas (Pulau Pinang) dan Sungai Siput (Perak) sebelum ke sini, tapi, apabila saya lihat semangat tuan-puan, rasa penat pun sudah hilang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas meninjau dan melawat Pusat Daerah Mengundi (PDM) Peramu Jaya, Pekan malam tadi.

Yang turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali.

Pada kunjungan itu, Najib turut menyampaikan sumbangan kepada 92 ibu tunggal dalam kawasan PDM berkenaan.

Sementara itu, Najib berkata, beliau tidak terlalu mengambil peduli sangat mengenai berita palsu yang semakin banyak disebarkan pihak pembangkang melalui media sosial.

Sebaliknya, katanya, beliau lebih menumpukan kepada tugasnya untuk memastikan rakyat dapat hidup dengan lebih baik dan selesa.

“Saya tidak terlalu mempedulikan benda (berita palsu) disebarkan melalui media sosial ini, ia (berita palsu) disebarkan untuk memberikan persepsi buruk terhadap kerajaan.

“Fokus kita adalah untuk memastikan kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana ia adalah perkara yang lebih penting,” katanya.

AWAS SERANGAN FITNAH MENJELANG HARI PEMBUANGAN UNDI


Menghampiri hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Rabu ini, pemimpin dan penyokong pembangkang semakin rancak menyebarkan berita palsu dan fitnah untuk mengelirukan rakyat.

Boleh dikatakan, hampir setiap hari pasti ada berita palsu yang disebarkan oleh golongan ini sekali gus mengesahkan kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ancaman fitnah yang dinamakannya sebagai ‘Tsunami PHitnah’ akan melanda negara pada musim PRU-14 ini.

Sehingga hari ini, Portal rasmi Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan 58 fitnah yang disebarkan dengan niat jahat oleh pemimpin dan penyokong gabungan pembangkang yang boleh di layari di sini, 

Pelbagai fitnah telah dilemparkan kepada BN termasuklah kerajaan BN akan menaikkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sehingga 20 peratus, terdapat pengundi hantu di beberapa kawasan dan kerajaan BN menggunakan warganegara Bangladesh sebagai pengundi dalam PRU-14.

Malah, terdapat juga pemimpin parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang memasuki senarai penyebar fitnah, antaranya Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Edry Yusof dan pengasas Asal Bukan UMNO (ABU), Haris Ibrahim.

Dalam pada itu, Utusan Online melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah mengambil tindakan saman atas kenyataan fitnah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa beliau serta Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberikan kemenangan percuma kepada Mohamad untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, minggu lalu.

Perkara itu turut disentuh Khairy dalam laman Facebook miliknya dengan menyatakan, tindakan saman tersebut diambil setelah Rafizi gagal menarik semula dakwaannya dalam tempoh yang ditetapkan dan ia bertujuan untuk mengajar Rafizi supaya menghentikan perbuatan keji tersebut.

“Dalam memajukan negara dan menjaga keharmonian kaum, individu seperti Rafizi tidak boleh dibiarkan sewenang-wenangnya terus bermaharajalela menghamburkan fitnah dan kebencian.

“Saya harap selepas ini Rafizi akan lebih matang dalam berpolitik,” katanya.

Undi Barisan Nasional Dapat Faedah, Undi Pakatan Harapan Boleh Padah


Sejak dari zaman merdeka lagi, jika rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pada masa itu Perikatan, rakyat akan dapat faedah.

Rakyat undi pembangkang dua kali di Selangor dan Pulau Pinang, dua kali rakyat dapat padah. Air tiada, banjir berlaku, bukit menjadi botak, kilang haram banyak wujud, rumah maksiat bertambah, semua ini padah yang rakyat terima bila undi pihak pembangkang.

Semuanya ada bukti dan fakta, apabila BN mendapat mandat pada PRU12 pada 2008, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, pada 2012 rakyat mula menerima faedah apabila BR1M mula diperkenalkan pada ketika itu.

Untuk pilihan raya umum tahun ini, PRU14 dalam #ManifestoBN, faedah untuk rakyat ditambah apabila Najib mengumumkan kadar BR1M dinaikkan iaitu daripada RM1,200 kepada RM2,000. Untuk mereka yang layak terima BR1M sebanyak RM300, ia dinaikkan kepada RM600.

Bagi penerima BR1M kategori bujang yang menerima RM300, ia dinaikkan kepada RM600. Bukan sesetengah lapisan rakyat sahaja dapat faedah, semua dapat dari bayi masih dalam kandungan ke Tok Bilal dan Tok Siak di masjid.

Untuk golongan muda pun ada. Pada 24 Februari lepas, Najib mengumumkan elaun Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dinaikkan kepada RM2,000 daripada jumlah RM1,500 sebelum ini.

SL1M adalah satu program kebolehpasaran yang akan membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.

Bukan penjawat awam sahaja dapat, pekerja swasta pun dapat faedah. Pada 27 April lepas di Pekan, Pahang, Najib juga mengumumkan Kumpulan DRB-Hicom akan memberi insentif khas RM500 kepada 60,000 kakitangannya di seluruh negara. Kerajaan BN sentiasa berusaha untuk memberikan kemudahan dan keperluan asas terbaik untuk rakyat.

Tidak ada sebuah negara di dunia yang bersungguh-sungguh menyediakan pelbagai pakej dan kemudahan untuk rakyatnya memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan. Hanya di Malaysia, ada kerajaan seperti itu.

Undi BN dapat rumah, undi PH dapatlah khemah bila ada 25 kampung Melayu dimusnahkan di Pulau Pinang. Tinggallah mereka yang dihalau itu dalam khemah. Sama seperi pegawai masjid yang dirobohkan rumahnya di Selangor. Padah bila mengundi pihak pembangkang.

Pemandu khidmat pengangkutan seperti e-hailing juga diberikan perhatian oleh kerajaan BN dengan pelbagai pemberian. Bukan seperti PH yang hina pemandu Grab dan mahu hapuskan Grab.

PH gula-gulakan rakyat dengan janji PRU14 untuk mansuhkan cukai GST tapi kemudian mereka hendak perkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang lebih tinggi kadarnya iaitu lima hingga 20 peratus. Padah akan berlaku, harga barang tidak turun biarpun GST sudah dihapuskan.

Parti DAP yang merupakan ketua dalam blok pembangkang sudah kata mahu kecilkan saiz perkhidmatan awam. Lebih separuh daripada jumlah kakitangan awam akan diberhentikan jika pakatan berkuasa mentadbir negara.

Banyak agensi dan organisasi akan ditutup oleh PH jika mereka menang. Ini padah besar buat penjawat awam kalau tersilap undi PH pada 9 Mei nanti.

Banyak padah akan menimpa rakyat jika undi pembangkang pada 9 Mei nanti. Lebih menjadi parah padah itu jika DAP yang mengetuai PH sekarang melaksanakan konsep rasis, chauvinis dan anti Islamnya dalam pentadbiran kerajaan.

Elak undi Pakatan #TsunamiPHitnah kerana PH sudah banyak kali menipu rakyat dengan berita palsu yang berniat menjatuhkan BN dan Perdana Menteri sahaja.

Undilah BN demi faedah yang besar untuk rakyat #BersamaBN #HebatkanNegaraku. Jangan undi PH yang akan membawa padah kepada rakyat.

Tulisan :
Beruang Biru
BB904, Sabtu
5 Mei 2018

May 3, 2018

GST : Apa Pemimpin Pembangkang Pernah Cakap Sebelum Ini


Hari ini bukan main galak lagi pemimpin PH bercakap hendak hapus GST kalau mereka berkuasa di Putrajaya. Seolah olah esok mansuh GST, esok juga harga barang akan turun.

Harga barang tidak akan turun. "Kalau kita mansuhkan GST dalam 100 hari, adakah anda merasakan harga barang akan turun? Kalau kita mansuhkan GST dalam 100 hari, harga barang nak turun ke tidak?

Saya tidak merasakan itu akan terjadi" ini ulasan yang diberikan oleh Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd. Aziz Abu Bakar. Baca kenyataan penuhnya :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1739074216187527&id=1122306847864270

Jadi, janji manis hendak mansuh GST ini hanyalah laungan retorik sahaja. Dulu pembangkang sering laung janji kalau esok perintah, maka harga minyak akan turun.

Kini tidak ada lagi laungan pasal minyak, bukti jelas selama ini pembangkang hanya menanam tebu di bibir sahaja. Lihatlah sahajalah dalam ceramah ceramah pembangkang, mana sebut hal manifesto mereka pun, sibuk cakap hal lain pula.

Samalah macam GST, rakyat banyak yang sudah terlupa apa yang pemimpin pemimpin pembangkang pernah sebut dahulu mengenai GST.

Nurul Izzah pernah terlepas cakap taktik GST pada kadar 0% dalam Bajet Alternatif mereka pada tahun 2016 dan 2017. Nurul Izzah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

Anwar Ibrahim pun puji GST. “Dari segi percukaian, saya tidak nafikan GST adalah sistem percukaian yang lebih efisien dan telus” kata Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 30 Oktober 2017.

Tun Daim pun pernah berkata “GST, saya memang dulu lagi pada tahun 1994 saya memang hendak nak perkenalkan GST. Sebab saya kata GST, kita punya asas pendapatan sangat kecil”

“Hanya 40 peratus, tidak boleh bergantung pada Petronas sahaja. Esok kalau Petronas ada masalah, mana nak cari duit, nak belanja?” kata Tun Daim pada 4 Januari 2015.

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pun puji sistem GST. “Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST. Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efesien dan dalam jangka masa panjang akan beri kebaikan kepada ekonomi negara” kata Azmin Ali pada 31 Oktober 2013 di parlimen.

Tiga orang ini, Anwar, Azmin dan Tun Daim sudah iktiraf GST adalah sistem percukaian yang efisien dan telus untuk ekonomi negara. Pembangkang tidak akan mansuh GST. Mereka hanya umpan janji itu untuk dapat undi semata mata.

Rakyat kena ingat apa yang pembangkang pernah sebut pasal GST ini. India dan Arab Saudi contohi sistem GST Malaysia. 164 negara lain pun laksanakan GST dan kadar 6% GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia.

Duit GST yang disoal ke mana perginya itu telah dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi BR1M, baucer buku, elaun JKKK, imam, tok bilal dan ramai lagi. Kalau mansuh GST, silap silap rakyat tidak dapat BR1M lagi.

Teruskan nikmat BR1M yang dikongsi bersama oleh berjuta rakyat Malaysia ini. #BersamaBN #HebatkanNegaraku.

Tulisan :
Beruang Biru
BB902, Khamis
3 Mei 2018