Bujang Senang

Bujang Senang

15 Jun 2016

ISU JET, RAFIZI LARIKAN DIRI DARI PEGAWAI KHAS DATIN ROSMAH


SUASANA depan pejabat PAN Kuala Kangsar tegang seketika tadi bila Pegawai Khas PM,Datuk Rizal Mansor dihalang hadir PC Rafizi pasal isu jet.Sebelum itu Rafizi yang sampai 12.37 melarikan diri mengelak dari berjumpa Rizal terus naik ke pejabat dan selepas itu budak2 PAN terus sekat pintu masuk ke pejabat PAN.


Pegawai khas isteri perdana menteri, Datuk Rizal Mansor yang tiba di Kuala Kangsar sebentar tadi dari Kuala Lumpur bagi menghadiri sidang akhbar oleh Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli untuk membuat pendedahan berterusan penggunaan jet peribadi kerajaan oleh Datin Seri Rosmah Mansor
memberitahu  bahawa kehadirannya sekadar mengambil nota supaya boleh menyediakan jawapan berhubung tuduhan Rafizi itu.

"Saya nak dengar sendiri apa dia kata kerana sebelum ini semuanya berdasarkan laporan media,” katanya.

Ketika berita ini ditulis, Rafizi masih belum tiba di ibu pejabat Parti Amanah Negara (AMANAH) di Kuala Kangsar, tempat sidang media itu dijadualkan berlangsung.

Sambil menunggu, Rizal berkata beliau berharap Rafizi akan menjemputnya menyertai sidang media itu kemudian.

Semalam, Rafizi mengumumkan satu ceramah khas akan diadakan bagi mendedahkan lebih banyak maklumat mengenai penggunaan jet mewah oleh Rosmah dalam perjalanan ke ke Istanbul, Turki.

0 komentar: