Bujang Senang

Bujang Senang

9 Jun 2016

'TAPI PERLU BANYAK LATIHAN LAGILAH KALAU NAK TEWASKAN SAYA'-NAJIB RAZAK


PIHAK lawan memerlukan lebih banyak latihan jika mahu mengalahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.....
Perdana Menteri meminta musuhnya melipatgandakan lagi latihan sekiranya mahu menumpaskan beliau.
Bagaimanapun, perkara berkenaan disampaikan oleh beliau semasa sedang bermain catur dengan anak-anak saudaranya selepas berbuka puasa di kediaman ibunya, Tun Rahah Mohd Noah.
Najib mencatatkan demikian dalam status akaun Facebook miliknya baru-baru ini, yang diturut disertakan gambar beliau bermain catur dengan anak-anak saudaranya.
“Anak-anak saudara saya ajak lawan catur lepas tarawih.
“Boleh tahan hebat juga walaupun umur mereka baru 6 hingga 7 tahun.
“Tapi perlu banyak latihan lagilah kalau nak tewaskan saya,” menurut status tersebut.
Walaupun beliau sinis melalui status berlawan catur, bagaimanapun ia juga bertepatan dengan senario politik tempatan yang berlaku sekarang.
Pada masa ini, Najib bukan sahaja ditentang oleh musuh utama DAP, tetapi turut menyaksikan penentangan daripada blok ketiga politik yang terdiri daripada PAS dan IKATAN, serta kumpulan Deklarasi Mahathir.
Namun demikian, Najib masih dilihat kuat dan konsisten walaupun diserang bertubi-tubi dari lebih tiga jenis musuh politiknya.
Jadi tidak keterlaluan jika status Facebook Najib itu juga harus dibaca dan dijadikan pedoman buat kumpulan pembangkang yang terdiri daripada Pakatan Harapan, PAS dan Deklarasi Mahathir. –Tv14

0 komentar: