Bujang Senang

Bujang Senang

26 Jun 2016

MABUK 'LANGKAU' PENYEBAB BELASAH ANAK SAMPAI TIDAK SEDARKAN DIRI


Gilaaaa...itu yang dapat dikatakan pada seorang bapa yang sudahlah tak bekerja, minum pulak 'langkau' tiap-tiap hari hingga mabuk dan dikatakan ini bukan yang pertama cuma kali ini keadaan ini bertambah teruk bila dia membelasah anaknya sehingga tidak sedarkan diri.
Menurut ibu kanak-kanak berusia 10 tahun itu, kejadian berlaku apabila suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sekitar jam 1 petang di Kampung Sungai Duuh Siburan Kuching.
Tambahnya, insiden tersebut bukan kali pertama berlaku, cuma semalam adalah yang paling teruk sehingga menyebabkan anak lelaki mereka pengsan dan terpaksa dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
“Dalam sehari dia boleh minum sehingga tiga botol ‘langkau’ dan apabila mabuk dia akan membelasah anak kami. Saya tidak tahu kenapa dia tergamak berbuat sedemikian,” katanya .
Difahamkan, mangsa merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik.
Ibu mangsa yang risau akan keselamatan mereka sekeluarga difahamkan turut membuat laporan polis berhubung kejadian.
Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan masih belum stabil dan menerima rawatan di Unit Kecemasan HUS.

0 komentar: