Bujang Senang

Bujang Senang

24 Jun 2016

MT UMNO SEBULAT SUARA ..MUHYIDDIN,MUKHRIZ DIPECAT,SHAFIE DI GANTUNG


MAJLIS TERTINGGI UMNO pada mesyuarat sebentar tadi telah sebulat suara bersetuju untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Datuk Seri Mukhriz kerana melanggar disiplin parti menurut Perdana Menteri dalam satu satu sidang akhbar.
Datuk Seri Shafie Apdal pula digantung keahlian sementara. Buat masa ini beliau masih menunggu laporan dari Jawatan Kuasa Disiplin mengenai kedudukan beliau.
Menurut Najib, kesalahan Muhyiddin dan Mukhriz amat ‘berat’sehingga memaksa Majlis Tertinggi Umno bertindak sedemikian.
Muhyiddin dan Mukhriz dengan secara terbuka mengistiharkan diri mereka sebagai sebahagian daripada pihak yang cuba memberontak dengan menggunakan platform Deklarasi Rakyat.
Deklarasi Rakyat adalah suatu petisyen yang diwujudkan oleh gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ yang bermatlamat untuk mengumpul satu juta tandatangan untuk dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja bagi memohon penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Selain Dr Mahathir dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Mukhriz, nama-nama lain yang menandatangani deklarasi itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tun Dr Ling Liong Sik, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Mustafa Ali, Lim Kit Siang dan Datuk Zaid Ibrahim.
– PRU14.tv

0 komentar: