Pages

10 Dis 2016

MAHATHIR AKAN HILANG RM100 BILLION JIKA MUKHRIZ TAK JADI PM???

Dalam Mahathir dan kuncu nya menaburkan dedak 1MDB untuk dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat ,tetapi alasan  dan kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan Najib ada lah hal warisan wang yang kini sedang di ”parking” pada proksi nya.

Sekurang kurang itu lah yang didakwa oleh seorang penulis yang berkemampuan melakukan kerja risikan, ia itu Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenal sebagai RPK.

Walaupun penyokong Mahathir amat mempercayai berita dan laporan Sarawak Report serta Wall Street Journal yang berpangkalan di luar negara, namun hal yang sama tidak mereka beri kepada laporan yang dibawa oleh RPK, juga berpangkalan di luar negara.

RPK berulang kali mendakwa Tun Mahathir menyimpan wang ketika menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan wang itu diatas nama orang orang kaya yang dia pilih supaya tidak disyaki oleh rakyat kerana mereka adalah billionaire.

Jumlah yang dkatakan oleh RPK dalam hal ini dianggarkan RM100 billion, manakala dakwaan Barry Wain dalam buku nya “Malaysia Maverick “pula sekitar RM200 billion.

Tun Mahathir pula tidak pernah menjawap atau mengulas lansung selama dakwaan ini dikatakan oleh RPK dalam kebanyakan penulisan beliau. Apakah kerana ada kebenaran? Dan tun Mahathir enggan menyeret nya kepentas rakyat?

Kita rasa jumlah RM100 lebih munasabah apabila di kira bailout bailout dan kisah kehilangan wang dizaman Tun Mahathir seperti PERWAJA, pembelian semula MAS dari kroni Tun M, pembelian tanah KLCC  dan juga FOREX lost.

Kesemua kehilangan dan kerugian serta pembelian semula MAS dan bailout PERWAJA tiada pernah di adakan siasatan.

Wang yang diberi kepada PROTON juga tidak pernah ada siasatan.

Berkaitan dengan ini maka RPK mendakwa wang itu semua telah dialihkan kepada Kroni dan proksi nya untuk disimpan.

Kini Tun Mahathir dikatakan amat risau jika anak nya Mukhriz tidak mewarisi kuasa kerana para kroni dan proksi sudah mula tidak hirau dan tidak takut untuk melayan Tun Mahathir kerana dilihat Tun Mahathir semakin hilang cengkaman kuasa dan pengaruh.

Ahli perniagaan yang menjadi proksi Tun Mahathir hanya takut dan hormat kepada Tun Mahathir selama ini kerana mereka sangka Tun Mahathir masih berkuasa mencengkam pemimpin UMNO dengan memegang leher mereka.

Namun perkembangan kebelakangan ini sudah mula melihat Tun Mahathir sudah terhakis kuasa dari tangan nya dan pengaruh nya sudah pudar, maka ini yang menyebabkan Tun Mahathir mesti menaikan Mukhriz sebagai Perdana Menteri.

Case in point adalah ketika Lim Kok Wing mahu beralih menyokong DS Najib dan kerajaan lalu kemudian melompat semula kepada Tun M.

Tun Mahathir pula sanggup bercerita berkenaan dia banyak menolong LKW di dalam entri di blog nya Chedet dibawah tajuk “Legasi”.

RPK berpendapat dengan Tun meletak kan kedudukan anak nya sebagai Perdana Menteri maka dianggap Mukhriz boleh membuat sesuatu kepada proksi engkar.

Penulis RPK juga mendakwa isu 1MDB sengaja di “blow out of proportion” demi mengalihkan perhatian dan menjadi alasan serangan.

Seperti kata Menteri kewangan kedua Datuk Johari Abdul Ghani baru baru ini, jika ada pun masalah ia hanya masalah perniagaan yang lazim seperti syarikat syarikat yang lain, seperti juga PROTON yang sehngga hari ini masih menagih wang rakyat untuk membayar vendor nya.

Sambil itu Tun Mahathir terpaksa berlakon kuat dan gah dengan menyerang DS Najib untuk membuat “smokescreen” kepada kroni dan proksi nya untuk menunjukkan dia masih berkuasa dan berbisa.

Benar juga kata RPK , semakin lama Najib bertahan , semakin kalut kelihatan Tun Mahathir.

Lama kelamaan rakyat akan mula sedar bahawa Najib mahu dijatuhkan bukan kerana 1MDB atau Save Malaysia, ia semata mata satu pembohongan di siang hari.

Ia sebenar nya, adalah untuk Save Mukhriz untuk “save wang” yang di letak diatas nama orang lain. Jika Tun M sudah tiada lagi dan Mukhirz belum jadi Perdana Menteri , maka ucap selamat tinggal lah kepada pencarian 22 tahun.

Itu sebenar nya.

 

(Sumber MT)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri Tulis Sendiri Tanggung Ya, Penulis Blog Tidak Bertanggungjawab Ke atas Implaksi Perundangan Yang Dikenakan Oleh Pihak Berkuasa Ke atas Mana-mana Ulasan Yang Menyalahi Perundangan Yang berkuatkuasa