Bujang Senang

Bujang Senang

12 Jan 2017

Jenazah Tan Sri Adenan Satem Selamat Dikebumikan


Jenazah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini, kira-kira pukul 2.40 petang.

Jenazah tiba di tanah perkuburan dari Masjid Jamek Negeri pada pukul 2.05 petang diiringi isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anaknya.

Turut mengiringi jenazah adalah Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, menteri-menteri Persekutuan dan negeri serta ribuan rakyat yang membanjiri kawasan berkenaan.

Suasana pilu menyelubungi kawasan perkuburan sejurus surah alfatihah dan doa dibacakan.

Majlis diteruskan dengan penyerahan bendera Sarawak kepada keluarga Allahyarham sebagai tanda penghormatan dan diakhiri dengan Jamilah menjirus air mawar ke pusara suaminya itu.

0 komentar: