Bujang Senang

Bujang Senang

17 Jan 2017

Kemudahan elektrik di Daro siap hujung tahun ini.


Pembinaan kemudahan elektrik baharu bernilai RM147 juta bakal menamatkan gangguan bekalan elektrik penduduk di Daro dan Matu dijadualkan siap hujung tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata projek Sarawak Energy Berhad (SEB) itu melibatkan pembinaan menara grid sepanjang 100 kilometer dari Matadeng ke Daro serta satu substesen dengan dua transformer berkapasiti 20 MVS setiap satu.

“Ketika ini projek telah mencapai 45 peratus siap,” katanya ketika ditemui ketika mengadakan lawatan ke tapak projek bagi mengetahui perkembangan pembinaan kemudahan elektrik itu.

Menurutnya, projek itu bakal mengakhiri gangguan bekalan elektrik yang sering terjadi di kawasan Daro dan Matu.

Katanya jika mengikut jadual projek tersebut, ia akan siap sepenuhnya penghujung tahun ini.

“Gangguan bekalan elektrik sering dialami penduduk kawasan Daro dan Matu sehingga kini,” katanya.

Mengenai gangguan elektrik yang kerap berlaku di Daro dan Matu, beliau berkata sehingga kini Daro dan Matu hanya bergantung kepada talian 33 KV dari Mukah.

“Oleh itu, apa yang berlaku sepanjang talian tersebut seperti pokok tumbang sama ada di Mukah, Dalat, Oya, Iganatau  Matu akan menyebabkan bekalan elektrik ke Daro terjejas,” jelasnya.

0 komentar: