Bujang Senang

Bujang Senang

18 Jan 2017

Video:Lori Merempuh Stesen Minyak Samarahan


Dua lelaki berdepan detik mencemaskan apabila sebuah lori tiba-tiba hilang kawalan lalu melanggar mereka semasa mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Expressway Kuching-Samarahan kelmarin.
Difahamkan, dua lelaki terbabit semasa kejadian sedang mengisi minyak di kenderaan masing-masing apabila sebuah lori yang terdahulunya diparkirkan bersebelahan tiba-tiba memecut ke arah mereka sekitar jam 7.30 pagi.
“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian tersebut yang menjadi tular menunjukkan lori berkenaan tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh belakang dua buah kereta.
“Sementara itu, seorang lelaki yang berdiri berdekatan sebuah daripada kereta tersebut dan seorang lagi di sebelah motosikal juga dilanggar,” kata sumber.
Dipercayai, kedua-dua lelaki yang dilanggar hanya mengalami kecederaan ringan.
Punca kemalangan dan anggaran kerugian masih belum dapat dipastikan.

0 komentar: