Bujang Senang

Bujang Senang

13 Feb 2017

#PrkTjgDatu : Pengundi Tertua Ingin Turun Mengundi

Menjejaki pengundi paling tua di Dun N3 Tanjong Datu, kita telah pergi ke Kampung Stunggang Melayu Lama bersama Timbalan Pengerusi PBB Kampung Stunggang Melayu Puan Maliah Sapli untuk bertemu dengan Nenek Baina bt Brahim yang berusia 84 tahun.
Nenek Baina yang masih cergas dan petah bercakap namun hanya mampu baring di katil dan tidak dapat berjalan kerana masalah kaki yang patah di sebelah kanan dan sebelah kiri kakinya pula terdapat masalah sendi.
Namun bila ditanya samada beliau akan turun mengundi kali ini, beliau memberitahu memang ingin turun mengundi cuma masalah kaki yang tak mampu berjalan. Tapi sekiranya di bantu beliau akan pergi.
"Saya telah mengundi sejak boleh mengundi sejak umur 21 tahun dan sekarang telah berumur 84  tahun. Saya dapat duduk di kerusi roda cuma tidak dapat berjalan. Jika di bantu untuk ke pusat pengundian saya akan turun mengundi, " katanya.
" Saya juga mengenali Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan saya tahu isteri beliau Datuk Amar Jamilah Anu akan mengantikan beliau sebab itu saya ingin turun mengundi, "tambahnya lagi
"Dengan jumlah pengundi 12 19 di PDM Kampung Stunggang Melayu, terdapat dua warga  emas yang terpaksa di bantu mengunakan kerusi roda dan jentera BN untuk turun ke pusat pengundian di Sk Kampung Stunggang Melayu Lundu", kata Puan Maliah yang juga Timbalan Pengerusi PBB Kampung Stunggang Melayu Lundu.
"Namun kita jentera Bn akan membantu mereka untuk turun ke pusat pengundian dan akan memberi  keutamaan kepada mereka dulu ",   tambah nya lagi.
Semalam proses pengundian awal PRK Tanjong Datu telah selesai di Dewan Masyarakat Kampung Sungai Lundu dan Dewan ULS Kem Sempadi dengan masing-masing menyediakan satu saluran mengundi.
Seramai 188 pemilih, atau 1.9 peratus daripada 9,959 pemilih berdaftar bagi PRK ini adalah dalam kalangan pemilih awal yang telah mengundi semalam.
Ia merupakan dua daripada 18 pusat mengundi yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan 9,959 pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu memilih wakil mereka, dengan hari mengundi ditetapkan
18 Feb ini.
PRK Tanjong Datu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Puan Sri Jamilah Anu, 62, yang mewakili Barisan Nasional (BN), dua lagi calon ialah Johnny Bob Aput, 54, dari Parti Reformis Negeri (STAR) dan Rapelson Richard Hamit mewakili Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Baharu.

0 komentar: