Bujang Senang

Bujang Senang

5 Mei 2017

Wan Azizah Hanyalah Boneka, Kit Siang Yang Jadi 'King Maker'


Jika merujuk kepada carta organisasi baharu Pakatan Harapan (PH), Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah calon Perdana Menteri manakala ada 3 orang yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri bayangan mereka iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Muhyiddin Yassin.

Apa yang pelik, kedudukan Dr Wan Azizah sebelum ini adalah sebagai penasihat kepada PH. 29 Mac 2017, mesyuarat pertama kali PH yang dipengerusikan oleh Mat Sabu mungkin telah menukar beberapa perancangan awal itu. Tambah pelik, yang bercakap pada media adalah Khalid Samad, bukannya pemimpin lain yang lebih tinggi.

Dalam mesyuarat 29 Mac itu, Dr Wan Azizah tidak hadir dan dia dilantik menjadi penasihat PH bersama-sama Dr Mahathir Mohamad. Jurucakap yang datang pada 29 Mac itu juga tiada dalam jawatankuasa penaja yang diumum hari ini. Azmin Ali yang berada di luar negara, hanya diberi jawatan kecil sahaja.

Percayalah bahawa semua ini hanya wayang untuk menggaburi mata para pengundi sahaja. Sebenarnya pencatur di belakang adalah Lim Kit Siang sendiri yang berkuasa penuh terhadap percaturan PH. Mana logik sebuah organisasi yang dikuasai DAP tiada seorang pun pemimpin ulung mereka berada di atas.

Melainkan perletakan Wan Azizah sebagai penasihat dan calon Perdana Menteri hanya sekadar boneka sahaja untuk DAP memiliki kuasa. Apatah lagi sekiranya DAP sudah mula mendapat kerusi majoriti dari kalangan PH, mana mungkin mereka hanya sekadar menjadi pengikut dan penonton kepada carta ini.

Yang pastinya PH akan terus bergaduh. Bayangkanlah jika mahu membuat logo sendiri pun sudah gaduh teruk sesama sendiri, apatah lagi untuk merebut kuasa penentu di dalam parti dan kerajaan.

Rakyat harus sedar, carta organisasi yang diwar-warkan itu sebenarnya ada agenda tersembunyi yang sengaja dicaturkan oleh DAP. Sekiranya kita percaya dan termakan dengan hasutan ini, ia bermakna anda sudah termasuk dalam jerat penipuan DAP.

Wan Azizah hanyalah boneka untuk umpan undi Melayu sahaja. Apa jadi kalau Anwar keluar penjara? Apa ingat DAP mahu tengok sahaja biar Wan Azizah letak jawatan dan beri pada Anwar?

DAP akan tikam PKR habis habisan masa itu. DAP adalah King Maker. Wan Azizah dan Mahathir hanyalah maskot sahaja buat pengumpan undi.

Lepas dapat apa yang dihajati, buanglah umpan ke tepi. Berkuasalah DAP di atas kerusi yang mereka hajati.

Tulisan :
Beruang Biru
BB414, Jumaat
5 Mei 2017

0 komentar: