Bujang Senang

Bujang Senang

26 Sep 2017

Siapa yang mendalangi dan meluluskan Bank Negara selamatkan KWSP

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 25 September 2017

Dalam dokumen mahkamah yang difailkan oleh peguam Tajudin Ramli, Lim Kian Leong & Co, pada 29 Jun 2012, Tajudin mendedahkan keadaan yang menyebabkan pengambilalihan 32% kepentingan dalam MAS yang bernilai RM1.8 bilion pada tahun 1994 olehnya. Dalam afidavitnya, Tajudin mendakwa bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin mengarahkan beliau membeli saham MAS itu untuk membantu Bank Negara pulih daripada kerugian pertukaran asing pada tahun 1994.

Tajudin berkata bahawa Mahathir dan Daim telah berulang-kali meyakinkannya bahawa beliau tidak akan mengalami sebarang kerugian atau dipertanggungjawabkan atas apa-apa yang timbul ekoran pembelian saham MAS kerana beliau hanyalah penama/ejen kerajaan. Tajudin diberitahu bahawa urus niaga itu adalah satu bentuk 'khidmat negara' dan segala-galanya disamarkan sebagai perjanjian komersil ‘arm’s length’ kerana kerajaan mahu mencipta'paper profits' untuk menyembunyikan kerugian besar sebanyak RM31.5 bilion yang ditanggung Bank Negara kerana perjudian di pasaran forex.

Sejak Jun 2012 hingga sekarang, Mahathir dan Daim tidak pernah mempersoalkan atau mencabar keterangan Tajudin di mahkamah, yang dibuat dalam bentuk afidavit. Dan seperti yang Mahathir sendiri memberitahu Perdana Menteri Najib Tun Razak, jika anda tidak mempertikaikan tuduhan itu atau membuktikan bahawa tuduhan itu palsu, maka seseorang itu harus menganggap tuduhan itu benar dan anda bersalah seperti yang didakwa.

Jadi, penjualan MAS kepada Tajudin adalah penjualan palsu. Dan ia hanyalah urus niaga kertas untuk memberi penampilan bahawa kerajaan membuat keuntungan terhadap jualan MAS, yang kemudiannya diimbangi dengan kerugian sebanyak RM31.5 bilion yang ditanggung Bank Negara kerana perjudian di pasaran forex. Dan ini telah disahkan di mahkamah dan tidak pernah dipertikaikan atau dicabar oleh Mahathir dan/atau Daim.

Pada tahun 1994, apabila semua ini berlaku, Anwar Ibrahim sudah menjadi Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri. Anwar menjadi Menteri Kewangan pada tahun 1991 dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993. Jadi Anwar bukan sahaja tahu bahkan beliau juga terlibat dalam keseluruhan penipuan ini.

Dan bukan sahaja Anwar terlibat dalam penipuan untuk 'menjual' MAS kepada Tajudin supaya mereka dapat menghasilkan 'paper profits' untuk 'mengurangkan' kerugian yang dibuat oleh Bank Negara, Anwar juga terlibat dalam penyenaraian Tenaga Nasional Berhad (TNB ) dan Telekom Malaysia Berhad (TM). Dan tindakan ini juga merupakan satu tindakan dalam penjualan aset negara untuk membuat keuntungan untuk menampung kerugian RM31.5 bilion Bank Negara.

Pada asasnya, penjualan MAS dan penyenaraian TNB dan TM adalah untuk mencipta keuntungan sebanyak berbilion-bilion, yang akan digunakan untuk 'mengurangkan' kerugian Bank Negara daripada RM31.5 bilion kepada hanya RM5.7 bilion. Dan untuk melakukan ini mereka perlu membuat keuntungan sebanyak RM25.8 bilion. Dan keuntungan ini akan datang daripada penjualan saham MAS dan penyenaraian TNB dan TM.

Tetapi itu akan dapat diterima sekiranya jualan MAS adalah benar dan penyenaraian TNB dan TM sememangnya memberikan keuntungan kepada KWSP. Apa yang terjadi sebaliknya adalah kerajaan melakukan sesuatu untuk menutupi sesuatu dan keseluruhannya hanyalah untuk menyelamatkan Bank Negara dan mengelakkannya daripada muflis. Pada dasarnya, KWSP digunakan untuk menyelamatkan Bank Negara dan untuk itu berlaku, keuntungan KWSP perlu dipindahkan ke Bank Negara.

RCI baru-baru ini diberitahu bahawa Bank Negara secara teknikal sudah bankrap. Dan itu adalah kerana kerugiannya ialah RM31.5 bilion. Jika ianya hanyalah RM5.7 bilion, sebagaimana yang diberitahu kepada Kabinet, Bank Negara akan dapat bertahan dan tidak akan bankrup. Tetapi kerugiannya ialah RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion, yang mana adalah terlalu besar dan Bank Negara tidak mempunyai rizab yang mencukupi untuk jumlah itu.

Dan itulah sebabnya mengapa Mahathir menghadiri perbicaraan RCI pada hari Anwar dipanggil untuk memberi keterangan. Mahathir bimbang Anwar mungkin akan mendedahkan kebenaran di sebalik ‘bailout’ Bank Negara dan akan memberitahu RCI bahawa Bank Negara kerugian RM31.5 bilion dan bukannya RM5.7 bilion. Lebih teruk lagi, Mahathir bimbang Anwar akan mendedahkan bahawa jualan MAS dan penyenaraian TNB dan TM itu adalah untuk membuat ‘paper profits’ untuk mengurangkan kerugian Bank Negara.

Apa yang berlaku ialah Anwar memperuntukkan sebahagian besar saham TNB dan TM kepada KWSP, yang mana, KWSP semestinya perlu membayar pada harga penyenaraian iaitu RM5.00 dan RM4.50 sesaham. Ini bererti KWSP kehilangan banyak wang kerana pelaburan 'besar' ini. Berbilion-bilion keuntungan yang dibuat oleh Bank Negara kemudiannya diimbangi dengan kerugian Bank Negara berjumlah RM31.5 bilion supaya kerugian itu dapat dikurangkan kepada hanya RM5.7 bilion.

Oleh itu, pendeposit KWSP kehilangan puluhan bilion dalam keuntungan supaya kerajaan boleh berbohong kepada rakyat dan memberitahu mereka bahawa Bank Negara hanya kerugian RM5.7 bilion dan bukannya RM31.5 bilion. Tetapi hari ini RCI berjaya mengungkap kebenarannya.

Apa yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia sekarang adalah siapa yang mendalanginya dan siapa yang meluluskannya? Dalam kes MAS kita tahu. Menurut Tajudin, Mahathir dan Daim yang mendalangi perjanjian itu. Tetapi siapa yang mendalangi dan meluluskan penjualan saham TNB dan TM kepada KWSP dan kemudian menjualnya semula pada kerugian besar dan menyembunyikan hakikat bahawa KWSP hanya digunakan untuk menyelamatkan Bank Negara dengan mengurangkan kerugian sebenar sebanyak RM31.5 bilion kepada hanya RM5.7 bilion secara rasminya.

Anwar pastinya terlibat kerana peruntukan saham TNB dan TM, yang lazimnya dilakukan oleh Kementerian Perdagangan, telah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk membuat keputusan. Dan Anwar sendiri yang memutuskan peruntukan saham TNB dan TM. Semua orang di dalam kerajaan pada masa itu tahu mengenainya dan ada barisan yang panjang di luar pejabat Anwar yang ingin berjumpa dengannya kerana mahu cuba memasuki senarai mereka yang akan diperuntukkan saham TNB dan TM.

Ramai kroni ABIM Anwar pada masa itu sangat kecewa. Ada yang memohon satu juta saham tetapi sama ada diberikan hanya 10,000 atau tidak menerima apa-apa. Anwar memberitahu mereka bahawa sebahagian besar akan diberikan kepada KWSP. Tidak syak lagi saham itu diberikan kepada KWSP tetapi KWSP tidak membuat apa-apa keuntungan kerana mereka 'menjual' saham itu pada kos supaya Bank Negara sebaliknya boleh membuat keuntungan.

Tetapi ini bukan rancangan Anwar seorang. Beliau tidak dapat membuat keputusan untuk mengambil alih kuasa peruntukan saham daripada Kementerian Perdagangan, yang mempunyai jawatankuasa untuk ini, dan melakukan semuanya dengan sendirinya. Dan beliau juga tidak boleh memutuskan sendirian untuk memperuntukkan berbilion saham TNB dan TM kepada KWSP. Dan beliau tidak boleh mengarahkan KWSP untuk membeli dan menjual saham-saham ini supaya Bank Negara boleh membuat keuntungan dengan mengorbankan KWSP melainkan jika beliau mendapat kelulusan dari pihak atasan. Terdapat terlalu banyak perkara yang berlaku di luar bidang kuasa Anwar.

Dalam kes MAS, Mahathir dan Daim yang mendalanginya. Melainkan Anwar yang secara rasminya mengumumkan bahawa beliau sendirian yang merompak berbilion-bilion dalam keuntungan saham TNB dan TM dari KWSP, kita perlu mengandaikan bahawa Mahathir dan Daim juga berada di belakang penipuan saham TNB dan TM ini.

Tetapi kita perlu tahu apa yang dikatakan Anwar Ibrahim. Anwar adalah seorang yang boleh mengatakan satu perkara kepada seseorang tetapi mengatakan sesuatu yang bertentangan kepada orang lain. Jadi Anwar tidak mampu untuk mengatakan kebenaran dan tidak boleh dipercayai. Pada 30 Julai 2009, The Economist menerbitkan artikel bertajuk "Malaysia’s chameleon: The rise, fall and rise of Anwar Ibrahim, South-East Asia’s most extraordinary politician” (http://www.economist.com/node/14140818).

Jadi, itu lebih kurang menggambarkan Anwar dan bagaimana boleh menyesuaikan dirinya dalam apa sahaja keadaan dan akan menjadi rakan jenayah Mahathir dan Daim apabila ia sesuai dengannya dan menjual mereka jika itu yang terbaaik untuknya. Jadi marilah kita melihat sama ada Anwar akan menjual Mahathir dan Daim dan mendedahkan bahawa kedua-dua orang itu yang mendalangi rancangan untuk menggunakan KWSP untuk menyelamatkan Bank Negara menerusi 'pembelian dan penjualan' saham TMB dan TM.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/who-masterminded-and-approved-the-epf-bailout-of-bank-negara/

0 komentar: