Bujang Senang

Bujang Senang

6 Sep 2017

Skandal RCI Forex Resahkan Mahathir

"Berdasarkan keterangan saksi, banyak yang tidak mengetahui perkara ini secara mendalam. Bahkan, isu ini disimpan terlalu lama,” kata Tan Sri Saw Choo Boon, salah seorang panel suruhanjaya.

Ayat Choo Boon ini sudah pasti meresahkan Mahathir. Lebih meresahkan bila enam perkara penting telah berjaya ditemui oleh panel penyiasat Skandal Forex ini.

Sepuluh hari bagi pendengaran awam mengenai kehilangan puluhan billion wang  Bank Negara. Sudah berlalu 4 hari iaitu pada 21 Ogos, 24 Ogos, 29 Ogos dan 30 Ogos.

Enam perkara utama telah ditemui setakat ini sepanjang empat hari pendengaran RCI Forex.

Pertamanya, wang sejumlah RM31.5 billion disahkan hilang antara tahun 1991 hingga 1994. Tiada tindakan diambil terhadap pihak yang melesapkan wang tersebut. Perkara ini disahkan oleh Abdul Aziz Abdul Manaf, bekas staff Bank Negara.

Keduanya, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, bekas juruaudit Bank Negara mengesahkan bahawa sistem Bank Negara pada masa itu tidak ada "check and balance". Selain terdapat pengolahan laporan untuk sembunyikan nilai sebenar yang hilang.

Ketiga, Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara mengesahkan bahawa Menteri Kewangan pada ketika itu iaitu Anwar Ibrahim memberitahu bahawa dia mungkin akan kena letak jawatan jika kerugian sebenar diketahui.

"Pada awal tahun 1994, saya diarah oleh Gabenor untuk memberi penjelasan mengenai kerugian mata wang asing kepada Anwar, yang ketika itu Menteri Kewangan, ketika kami dalam penerbangan ke Hawaii" kata Abdul Murad.

Malah Murad menyifatkan Skandal Forex pada zaman Mahathir itu jika didedahkan akan menjadi satu skandal terbesar dalam sejarah perbankan dunia.

"Kedudukan kerajaan yang memerintah juga akan tergugat dengan skandal ini, oleh itu, "penutupan" terpaksa dilakukan untuk menjaga imej BNM dan kerajaan," kata Murad.

Keempat, Wong Yew Sen mendedahkan polisi Bank Negara mengenai urusniaga mata wang pada ketika itu adalah tidak komprehensif.

Kelima, Essah Yusuf, bekas pengurus dana di Bank Negara menyatakan bahawa Tan Sri Nor Yakcop bertanggungjawab untuk urusniaga mata wang pada ketika itu.

Keenam, Fizaman Noor Mohammed, peniaga mata wang di Bank Negara menyatakan pengurusan Bank Negara Malaysia (BNM) pernah mengarahkan beliau melakukan transaksi mencecah AS$800 juta (RM2.5 bilion) sehari.

Fizaman Noor Mohamed Nasir berkata transaksi pada jumlah sebegitu besar hanya boleh dilakukan atas arahan pengarah jabatan, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Apa pula yang akan Nor Yakcop akan cakap nanti bila dipanggil oleh RCI Forex? Siapa yang arahkan dia untuk dagang sampai RM2.5 billion sehari? Ini yang buat Mahathir resah.

Mahathir dijangka akan dipanggil pada 19 - 21 September ini. Oleh kerana tidak tahan, Mahathir sendiri datang untuk mendengar pendengaran awam yang diadakan pada hari kedua, 24 Ogos 2017.

Mahathir amat resah bila dengar pendengaran hari pertama telah buktikan ada RM31.5 billion hilang dan tiada tindakan dibuat terhadap orang yang bertanggungjawab.

Menjelang 19 September ini, Mahathir amat resah sekali. Oleh kerana itulah dia sengaja buat buat sibuk naik kuda dan naik MRT. Sudah tidak ada apa yang boleh dibuat untuk tarik perhatian kepadanya.

Lebih resah bila, Malaysia dapat 145 pingat emas dan seluruh negara bergembira bila Dato Seri Najib umumkan cuti. Apa lagi modal Mahathir? Sampai montaj Buletin Utama pun hendak dipolitikkan.

Mahathir begitu terdesak dan resah. Kem Azmin tengah bergaduh sakan dengan kem Anwar yang diketuai Rafizi. Buat parti baru PPBM pun tiada sambutan. Buat Pakatan Harapan pun banyak yang kelam kabut.

Claire Brown terkontang kanting seorang diri di Mahkamah London. Mahathir juga bakal terima nasib yang sama mengenai RCI Forex. Mahathir resah kerana takut Kit Siang, Anwar dan Nor Yakcop pecah lubang nanti.

Ini yang buat Mahathir resah. Kebenaran akhirnya akan diketahui. Skandal Forex adalah skandal kewangan terbesar dalam sejarah perbankan dunia. Ianya berlaku zaman Mahathir, ini faktanya.

Tulisan :
Beruang Biru
BB563, Selasa
5 September 2017

0 komentar: