Bujang Senang

Bujang Senang

17 Sep 2017

TERKINI : KEBAKARAN TAHFIZ SAH PERBUATAN KHIANAT, ENAM POSITIF DADAH

Kuala Lumpur 16 September 2017 - Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh hari ini mengesahkan kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato Keramat, di sini, kelmarin merupakan perbuatan khianat.

Dalam sidang akhbar sebentar tadi, Amar Singh berkata, tujuh remaja  berusia antara 11 tahun hingga 19 tahun ditahan polis pada pukul enam petang semalam sehingga pukul 2.30 pagi tadi.

Kesemua mereka merupakan penduduk yang tinggal di sekitar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Amar Singh berkata, enam daripada suspek positif dadah. Kesemua suspek telah dibawa ke mahkamah hari ini dan akan direman sehingga 22 September ini.

Siasatan dibuat di bawah Seksyen 302 kerana membunuh dan Seksyen 435 sebab khianat menggunakan api.

"Dengan tangkapan tersebut polis percaya telah berjaya menyelesaikan kes kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

"Punca perbuatan khianat ini adalah disebabkan perbuatan ejek mengejek antara suspek-suspek dan pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah," kata Amar Singh.

Menurut beliau dua dari suspek mempunyai rekod jenayah lampau iaitu merusuh dan mencuri kenderaan.

Amar Singh turut memberi amaran kepada orang awam agar tidak menularkan mesej yang tidak benar kerana boleh memberi kesan siasatan dan proses mahkamah. Tindakan boleh diambil dibawah Seksyen 203 Kanun Kesiksaan

Dalam tragedi awal Khamis lalu 21 pelajar serta dua guru Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban apabila terperangkap dalam kebakaran. Kesemua mereka  selamat disemadikan semalam.

Insiden yang mengemparkan seluruh negara itu ditangisi oleh semua lapisan masyarakat.

Sumber : Utusan Online

0 komentar: