Bujang Senang

Bujang Senang

2 Apr 2018

Parti PPBM Sudah Terkubur, Mahathir & Muhyiddin Buat Bodoh Sahaja


Parti PPBM entah ke mana, bakal melingkup dan terkubur kerana masalah dalaman yang amat kritikal. Mesyuarat cawangan tidak dibuat, ahli ramai ramai keluar parti dan sampai ke hari ini Mahathir segan hendak umumkan berapa jumlah sebenar ahli parti PPBM.

Pengerusi dan Presiden parti PPBM sibuk hal lain daripada menyelesaikan masalah asas parti iaitu cawangan dan bahagian parti tidak boleh bermesyuarat dan ahli parti ramai ramai keluar parti.

Memang benarlah, PPBM ini hanyalah alat sahaja untuk membolehkan Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz bersekutu dengan DAP, PKR dan PAN dalam pembangkang.
 
10 Mac 2018, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan membatalkan parti PPBM jika gagal menjawab dan menyerahkan maklumat serta dokumen yang dikehendaki ROS dalam masa 30 hari, bermula dari 28 Februari lepas.

Notis sudah diserahkan kepada Setiausaha Agung PPBM, Datuk Shahruddin Md Salleh. Mengikut Seksyen 14 (2) Akta Pertubuhan, PPBM boleh dibubarkan oleh ROS jika ingkar notis tersebut.

Dalam tempoh 30 hari itu, lihatlah apakah ada usaha daripada Mahathir dan Muhyiddin untuk selesaikan notis tersebut? Tidak ada. Mahathir sibuk ‘hijacked” forum, sibuk “hijacked” taklimat di Parlimen, sibuk buat demoknstrasi di parlimen dan sibuk pandu kereta Porshe dalam hujan untuk tunjuk kuat.

Anak Mahathir pula sibuk main dengan kucing berharga RM200,000 daripada menyelesaikan hal parti PPBM. Kucing lebih berharga dari ahli ahli PPBM. Sama juga dengan Muhyiddin yang semalam sibuk pula berdemo di Sogo hendak mansuhkan GST.

Muhyiddin jadi jahil bab GST. "Mereka kata GST letak rakyat dalam kesusahan...terbeban dengan cukai yang lebih tinggi. Sedangkan pendekatan kerajaan Barisan Nasional adalah untuk mengelakkan rakyat terbeban, banyak barang yang dikecualikan cukai” ini yang Muhyiddin sebut pasal GST pada Ceramah Perdana di Sungai Limau pada 30 Oktober 2013.
 
Semalam di Sogo, Muhyiddin kata GST sebagai cukai yang zalim. Muhyiddin kini sudah berjangkit virus mudah lupa daripada Mahathir. Muhyiddin kini sudah jadi jaguh “u turn” macam Mahathir juga.

Hal parti PPBM yang hendak kena bubar, lansung tidak diambil peduli oleh Mahathir dan Muhyiddin. Mereka berdua buat bodoh sahaja. Pada 29 Mac lepas, Pegawai Media PPBM, Mohd Ikhmal Abu Bakar menyatakan bahawa semua dokumen berkaitan sudah diserahkan kepada ROS.

Dokumen apa yang diserahkan? Dokumen yang palsu dan tipu? Sama sebagaimana Mahathir menipu 1.4 juta tandatangan dahulu? Seorang ahli PPBM daripada Gombak, Mohd Azimin Muhamad menyatakan “Mesyuarat apa? Bukan sahaja di Selangor, kami menghubungi rakan kami di Pulau Pinang, di sana pun PPBM adakan mesyuarat cawangan dan mesyuarat Bahagian”.

“Jadi dokumen apa yang dihantar kepada ROS?” soal Azimin lagi. Nampak sangatlah Mahathir dan Muhyiddin “main main sahaja” wujudkan parti PPBM yang ditubuhkan pada 8 September 2016. Belum pun sampai dua tahun, sudah hancur dan melingkup parti ini.

Semalam sudah terdengar ura ura, semua calon PPBM di kawasan Melayu akan gunakan logo PKR manakala di kawasan majoriti bukan Melayu akan gunakan logo DAP untuk bertanding dalam PRU14.

Dari 8 September 2016 hingga tarikh luput PPBM pada 30 Mac lepas, usia sebenar PPBM hanyalah 19 bulan sahaja atau 76 minggu sahaja. Parti Semangat 46 tahan lebih lama, sampai 9 tahun. Mahathir buat parti tahan 19 bulan sahaja, tidak sampai pun dua tahun sudah lingkup.

Macam mana Mahathir hendak minta masa lagi selama 2 tahun untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi, parti bunga pun lingkup dalam masa kurang daripada 2 tahun. Hal logo pun Mahathir kata 2 hari sahaja boleh siap.

28 Julai 2017, Mahathir kata dalam Malaysiakini bahawa beri masa dua hari sahaja dan dia akan siapkan logo Pakatan Harapan. Idea satu logo, satu manifesto dan satu parti ini juga idea Mahathir pada November 2016 ketika bercakap di Shah Alam.

Sejak Julai 2017 sampai sekarang bukan lagi 2 hari. Sudah berbulan lamanya. Logo Pakatan Harapan tidak siap pun dalam masa 2 hari. Buat manifesto pun, dalam masa 17 hari sudah “u turn”.

Parti PPBM pun sudah terkubur. Logo Pakatan Harapan yang seperti hidung Mahathir pun turut masuk kubur sekali. Sebab itulah orang Afrika cakap mereka tidak mahu pemimpin yang lanjut usia, kerana hanya memimpin mereka ke kubur sahaja.

Rakyat jangan jadi bodoh sama menyokong pembangkang seperti ini. Parti yang mereka buat sendiri, logo yang mereka buat sendiri, ahli PPBM sendiri, semua ini tidak pun dijaga diambil tahu. Mereka buat bodoh sahaja. Dengan rakyat biasa, lagilah. Tunggu masa sahajalah untuk diperbodohkan kalau terikut dengan mereka.

Tulisan :
Beruang Biru
BB847, Isnin
2 April 2018

0 komentar: